Program Cuti Sekolah Disember (3)

9 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

8 Disember 2018 – Minggu ini telah diadakan Program Cuti Sekolah Disember (3) di PI Linggi. Seperti biasa, kelas berlansung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Seramai 9 orang peserta telah hadir yang terdiri dari pelajar-pelajar sekolah rendah sahaja.

Kali ini peserta diajar untuk membuat penanda buku. Gambar bagi penanda buku ini dilukis oleh peserta sendiri dengan menggunakan Powerpoint. Puan Yusaini menunjukkan cara-cara memanipulasikan bentuk (shape) agar menjadi gambar. Gambar yang telah siap dicetak dan dilekatkan di batang aiskrim dan siap digunakan sebagai penanda buku.

Seterusnya peserta diberikan sedikit taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak iaitu ‘Hati-hati berkongsi swafoto’. Peserta didedahkan dengan keburukan akibat berkongsi swafoto di laman sosial jika tidak dikawal dan langkah-langkah yang perlu diaambil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali